Selamat Pagi Dari Shah
Labels:
Admin Talks
Selamat pagi teman-teman,
Pagi ni Shah terbangun seawal jam 4pagi dan terus tak tidur sampai sekarang. Dah nak azan Subuh pun. Rasanya nak cakap pasal hal peribadi tapi takut tak sesuai pulak. Sikit jer k?
Nyatanya, Shah memang agak stress sikit dalam minggu ni, ujian demi ujian terpaksa Shah tempuhi. Pasal business memang tak pernah ada masalah besar rasanya, Shah suka dengan respon memberangsangkan daripada clients, models, talents, students di SP mahupun syarikat-syarikat-syarikat, agensi-agensi dan teman-teman di Europe, dan sesiapa saja yang terlibat berkaitan hal kerja. Terima kasih Shah ucapkan pada kalian semua kerana walaupun syarikat Shah ni baru berusia 2 tahun dan boleh dikira masih mentah, sokongan yang kalian berikan terlalu diluar jangkaan Shah. Moga is akan berterusan. Shah akan cuba buat yang lebih baik untuk masa-masa akan datang.
Kembali pada tajuk asal, Shah terlalu banyak masalah peribadi yang memang terlalu menekan Shah. Terima kasih pada sesiapa yang ambik berat pada Shah, bukan Shah terlalu nak berahsia cuma Shah tak mahu masalah peribadi Shah turut dikaitkan dengan kerja-kerja shah di pejabat. Harapan Shah masalah peribadi Shah akan selesai dengan segera. Sekurang-kurangnya Shah sedar bahawa tidak semua masalah mampu diselesaikan dengan wang. Kata lain, wang bukanlah segalanya untuk memberikan kebahagiaan kepada kehidupan. Kadang-kadang Shah terlupa tentang kewujudan insan-insan penting di sekitar Shah.
Mungkin kerana terlalu fikirkan kerja, Shah tiada masa untuk fikirkan hal-hal peribadi. Tindakan Shah, Shah akan cuba untuk tidak terlalu sibuk. Terima kasih kerana kalian, Shah juga selalu terhibur dengan anda walaupun ada yang nampak Shah terlalu serius. Sokongan anda adalah segalanya bagi Shah. Terima kasih sekali lagi, tak tahu macamana nak cakap lagi. Cuma nak mintak kalian doakan masalah2 personel dan stress shah akan segera selesai.
Bagi yang pernah kena marah ngan Shah tu, maafkanlah Shah yer. Kadang-kadang, bila kita mahukan yang terbaik, hal itu akan terjadi. Shah tak pernah pun simpan apa2 rasa tak puas hati melainkan Shah cakap terus pada anda. Shah bukan manusia yang suka memendam rasa benci pd manusia lain. Bahkan Shah terlalu sukakan manusia dan telatahnya. Shah bersama anda kerana Shah menyukai anda.
Rasanya Shah tak mampu nak cerita masalah2 tersebut pada kalian. Lupakan sahaja... tak penting pun bagi kalian. Tak nak nanti ada yang salah sangka pulak.
Oklah, Shah nak mandi jap. Salam sayang dari Shah...Bye...
No comments:
Post a Comment