Tuesday, January 23, 2007

Mentor Banyak Membantu Shah Untuk Berjaya


Syukur Alhamdulillah… sekarang kehidupan Shah dah banyak berubah. Terima kasih kepada rakan2, keluarga dan terutama sekali mentor Shah selain Irfan Khairi malahan yang terutama dan paling banyak membantu Shah. Rasanya tak perlulah Shah sebutkan namanya di sini. Shah mula mengenalinya sewaktu Shah di Hawaii satu ketika dahulu. Dia sekarang menetap di Jakarta.

Shah kagum dengan peribadi dan kejayaan dalam hidup yang diraih olehnya. Walaupun tidak selalu bertemu mata, kami selalu berhubung melalui telefon dan email. Dalam menghadapi kehidupan dan liku-liku perniagaan, Shah banyak menghadapi masaalah dan rintangan. Belum selesai masaalah lama dan semasa, muncul pula masaalah baru. Syukur kerana ada yang sudi membantu, memberikan nasihat dan teguran bila kita melakukan sesuatu kesilapan.

Shah rasa setiap individu harus ada mentornya sendiri untuk berjaya, dan memudahkan halatuju atau target untuk di’aim‘. Menegur kalau kita terkeluar dari sasaran atau landasan sebenar. Kata-kata semangat juga perlu untuk menstabilkan/mengkonsistenkan semangat yang sedia ada. Kadang-kadang, kita boleh give-up atau bosan dengan apa yang kita lakukan hari, maka pada masa tu, mentorlah yang kita perlukan. Kenapa kalau orang lain boleh berjaya, Shah tak boleh?

Memang kalau diikutkan, Shah selalu lemah semangat dan kecewa bila setiap kali ada dikalangan bangsa sendiri yang iri hati atau cuba menjatuhkan Shah. Sedangkan Shah rasa Shah baru sahaja menapak, dan baru ketemui jalan yang sebenar untuk berjaya. Maknanya Shah belum betul-betul lagi berjaya, walau ramai yang katakan yang Shah sekarang sudah berjaya. Bagi Shah, makna kejayaan sebenar bukan sahaja dalam kerjaya namun juga dalam kehidupan termasuk kehidupan seharian, kehidupan berkelluarga, kehidupan sebagai mukmin sejati, sebagai usahawan muda, sebagai anak sulung dalam keluarga, dan lain2 kehidupan Shah secara total.

Memang Shah perlukan guidance, supaya Shah tak tersungkur lagi, setelah banyak kali Shah tersungkur sebelum ni. Bila Shah ada mentor, Shah akan cuba mengikut apa saja yang mentor buat, dan macamana mentor menguruskan kehidupan seharian serta menghadapi setiap masalah yang dihadapi.

Shah suka kalau setiap hari Shah rasa ghairah untuk bekerja, ghairah untuk menghabiskan masa dengan keluarga. Shah terpaksa lupakan kehidupan untuk enjoy seperti rakan-rakan lain yang sebaya dengan Shah. Shah akan cuba sehabis daya untuk mencontohi mentor Shah. Walaupun ianya perit, tapi Shah tahu itulah kunci untuk kejayaan. Tiada manusia yang mendapatkan kejayaan dengan mudah, dan ingin sekali Shah tegaskan di sini “kejayaan bukanlah kekayaan”. Namun, mungkin juga kita boleh tafsirkan kekayaan sebagai salah satu bukti utama untuk menggambarkan kejayaan selain kebahagiaan, ketenangan, kemahiran atau kepakaran, dll.

Mentor ada kehidupan dia sendiri, namun terima kasih Shah ucapkan kerana masih sudi meluangkan masa untuk Shah walaupun sesaat. Bukan berfungsi untuk mengaturkan kehidupan Shah ataupun mengubah kehidupan Shah tapi menunjukkan Shah jalan bagaimana untuk meraih kejayaan dalam hidup. Shah akan terus menjadikan dia rujukan untuk Shah menghadapi kehidupan untuk masa-masa akan datang. Shah tahu masih banyak lagi onak yang perlu Shah tempuh untuk mendapatkan sagu yang Shah idamkan.

Syukur kepada Allah kerana usaha Shah selama ni semakin nampak hasilnya. Namun, ia tidak akan berakhir di sini. Tidak tahu lagi bagaimana takdir Shah selepas ni. Shah cuma akan terus berusaha selagi hayat dan terus berdoa meminta padaNYA.

Shah harap setiap dengan coretan Shah yang tak seberapa ini, serba sedikit dapat membantu rakan-rakan di luar sana. Carilah mentor untuk anda raih kejayaan. Tidak semestinya sama seperti mentor Shah. Boleh jadi Irfan Khairi, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi, Nabi Muhammad SAW, bapa anda sendiri atau sesiapa sahaja. Kalau anda dah ada mentor, contohilah beliau untuk segenap aktiviti seharian anda. Banyakkan membaca kisah-kisah kejayaan tokoh-tokoh yang berjaya. Belilah buku-buku berkaitan yang pastinya meransang minda anda, tidak kira bidang apa yang anda ceburi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails