Wednesday, March 7, 2007

I Wanna Be A Model: Realiti TV yang sensitif

Sep 01, 2006
Source : Kosmo
TIDAK mahu hanya menerbitkan program realiti untuk mencari bakat penyanyi baru, 8TV sentiasa ingin mencari, 8TV sentiasa ingin mencari kelainan dan pembaharuan buat penonton setianya.Selepas pengenalan program baru seperti Malaysia Most Beautiful, 8TV membuktikan lagi kewibawaan sebagai sebuah stesen baru apabila memperkenalkan produk terbaru mereka, I Wanna Be A Model.

Berhasrat untuk mencari peragawan atau peragawati yang mampu menembusi pasaran antarabangsa, 20 peserta akhir telah dipilih daripada sesi uji bakat yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang."Kami menjalankan sesi uji bakat di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Apa yang mengejutkan Johor mempunyai ramai peserta berpotensi manakala uji bakat di Kuala Lumpur pula agak mengecewakan," kata penerbit program I Wanna Be A Model, Mas Ayu Ali.Merangkumi 13 episod, program ini dikenalikan dalam bahasa Cina.

Menggabungkan peserta lelaki dan wanita, penyingkiran akan dilakukan setiap minggu oleh para juri profesional."Setiap minggu satu peserta lelaki dan seorang peserta wanit akan disingkirkan. Mereka diperlukan untuk menjalankan ujian seperti pertunjukan fesyen, sesi penggambaran, kemahiran bersolek sendiri, tugasan merias diri sendiri serta penggambaran klip video," tambah Mas Ayu pada sidang media memperkenalkan 20 peserta I Wanna Be A Model.Menariknya program ini merupakan yang pertama menggabungkan peserta lelaki dan wanita dalam merebut gelaran supermodel.

"Selalunya hanya peserta wanita akan bersaing untuk mendapatkan gelaran sebagai model. Namun, kami berasa bangga kerana dapat menggabungkan kumpulan peserta lelaki dan peserta wanit dalam satu program," jelas Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Mengenai persoalan mengapa 8TV menerbitkan program ini dalam bahasa Cina, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan kemasukan peserta kaum lain tahun depan jika semuanya berjalan lancar."Industri peragaan adalah perkara sensitif. Maka kami mulakan dulu dengan kaum Cina. Lagupun komuniti Cina sebelum ini tidak diberi peluang sebegini. Mungkin tahun depan kami akan melibatkan kemasukan kaum lain.

"Dibuka kepada mereka yang tidak terikat dengan mana-mana agensi peragaan, program ini juga dilihat mampu memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk menjadi seorang model.

"Kami mahu mendedahkan model Cina kepada pasaran luar. Selalunya seseorang model itu mengambil masa bertahun-tahun untuk dikenali tetapi dalam program ini mereka akan menjadi popular dalam masa beberapa bulan. Maka ini menjadikan impian mereka lebih mudah dicapai. 8TV mahu menyediakan platform kepada mereka," tambah Ahmad Izham.

Empat finalis (dua lelaki dan dua perempuan) akan bersaing sesama mereka di episod terakhir pada 29 Oktober ini. Pemenangnya akan menerima kontrak bersama agensi peragaan, Andrew Models.

"Penonton diberi kuasa untuk mengundi peserta kesukaan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Pada pusingan akhir ini, undian SMS merangkumi 70 peratus manakala 30 peratus merupakan penilaian juri profesional," jelas Ahmad Izham.Episod pertama I Wanna Be A Model akan disiarkan setiap Ahad, bermula 6 Ogos, pukul 6 petang satu jam.

Kategori Berita : 8TV

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails